Wednesday, March 10, 2010

CAJ WAD MANSUH. KEUNTUNGAN ATAU KERUGIAN?

CAJ WAD SEKARANG


Caj Wad mengikut kadar awam kepada kakitangan awam jika ke wad lebih tinggi.

Adakah menguntungkan atau merugikan kakitangan awam ?
Pada 1 April akan berkuatkuasa di mana caj bagi wad untuk kakitangan awam dan pesara akan dimansuhkan "tetapi" jika di kakitangan awam/pesara ingin ke wad yang lebih tinggi akan dikenakan bayaran seperti orang awam.

Pemansuhan caj wad ini tidak menghilangkan kelayakan wad mengikut kalayakan yang diperolehi oleh pegawai tersebut..

Pendapat:-

- Adakah kadar bayaran RM 3 sangat membebankan dan menyusahkan kakitangan awam/pesara?

- Bayaran ini sepatutnya terus dikenakan supaya dapat menampung kos yang terpaksa di belanjakan oleh pihak hospital.

- Sangat menguntungkan pihak atasan dan bayaran paling mahal pun RM10..gred tinggi takkan RM10 pun menjadi bebanan kepada mereka.

- Rata-rata kakitangan awam sekarang dah banyak yang ada "Insurans Peribadi" dan banyak yang kurang berminat untuk ke hospital kerajaan ni.Mereka lebih berminat dengan hospital swasta yang memberikan perkhidmatan lebih baik.

- Lebih baik diteruskan seperti biasa tetapi kadar bagi orang awam di kurangkan dan itu barulah langkah yang baik untuk memenangi hati rakyat.

- Kakitangan awam sudah mendapat sedikit keuntungan dari segi bayaran wad yang jauh lebih murah dari orang awam dan sepatutnya orang awam juga perlu diberi sedikit kelebihan dan keistimewaan.

Akhir sekali.Terima kasih kepada pihak Kerajaan yang sangat "prihatin" sesuai dengan konsep 1 Malaysia "Rakyat Di Dahulukan,Pencapaian Di Utamakan".
Janganlah menidakkan nasib rakyat kerana rakyatlah yang menentukan nasib kepada kerajaan pada masa akan datang nanti.

No comments:

Post a Comment