Wednesday, March 10, 2010

Caj Wad Di Mansuh !




Caj Wad akan dimansuhkan bermula pada 1 April 2010.

Terima Kasih diucapkan kepada pihak kerajaan kerana prihatin dengan kebajikan kakitangan awam/pesara dan pemansuhan ini sedikit sebanyak akan mengurangkan beban bagi kakitangan awam/pesara.

Cuma jika ingin ke wad yang lebih tinggi dan selesa, kakitangan awam/pesara terpaksa membayar kadar yang sama dengan orang awam dan ini sepatutnya dikaji semula oleh pihak atasan.Janganlah menarik kebajikan serta kelebihan yang telah diberikan kepada kakitangan awam sejak sekian lama dan berfikirlah tentang tanggungjawab serta kerja keras setiap kakitangan awam/pesara selama ini dalam merealsasikan setiap gagasan/dasar yang dibawa oleh pemimpin atasan.

Kakitangan awam/pesara bergred rendah juga memerlukan keselesaan apabila berada di wad seperti golongan bergred tinggi. Kadar caj yang dikenakan sebelum ini masih kurang membebankan.Tetapi syarat baru ini sangat membebankan dan seperti menidakkan kepentingan kakitangan awam/pesara yang bergred rendah.

Apa yang diharapkan juga ,pihak kerajaan janganlah hanya membantu nasib kakitangan awam/pesara sahaja,nasib orang awam juga perlu dijaga kebajikannya supaya orang awam akan terus menyokong kerajaan.

Konsep 1 Malaysia perlulah diteruskan supaya ia dapat direalsasikan selaras dengan kehendak Perdana Menteri sekarang.Sepatutnya orang awamlah yang perlu didahulukan kerana kadar bayaran agak tinggi berbanding kakitangan awam yang jauh lebih murah.

No comments:

Post a Comment