Wednesday, March 10, 2010

Caj Wad Di Mansuh !




Caj Wad akan dimansuhkan bermula pada 1 April 2010.

Terima Kasih diucapkan kepada pihak kerajaan kerana prihatin dengan kebajikan kakitangan awam/pesara dan pemansuhan ini sedikit sebanyak akan mengurangkan beban bagi kakitangan awam/pesara.

Cuma jika ingin ke wad yang lebih tinggi dan selesa, kakitangan awam/pesara terpaksa membayar kadar yang sama dengan orang awam dan ini sepatutnya dikaji semula oleh pihak atasan.Janganlah menarik kebajikan serta kelebihan yang telah diberikan kepada kakitangan awam sejak sekian lama dan berfikirlah tentang tanggungjawab serta kerja keras setiap kakitangan awam/pesara selama ini dalam merealsasikan setiap gagasan/dasar yang dibawa oleh pemimpin atasan.

Kakitangan awam/pesara bergred rendah juga memerlukan keselesaan apabila berada di wad seperti golongan bergred tinggi. Kadar caj yang dikenakan sebelum ini masih kurang membebankan.Tetapi syarat baru ini sangat membebankan dan seperti menidakkan kepentingan kakitangan awam/pesara yang bergred rendah.

Apa yang diharapkan juga ,pihak kerajaan janganlah hanya membantu nasib kakitangan awam/pesara sahaja,nasib orang awam juga perlu dijaga kebajikannya supaya orang awam akan terus menyokong kerajaan.

Konsep 1 Malaysia perlulah diteruskan supaya ia dapat direalsasikan selaras dengan kehendak Perdana Menteri sekarang.Sepatutnya orang awamlah yang perlu didahulukan kerana kadar bayaran agak tinggi berbanding kakitangan awam yang jauh lebih murah.

CAJ WAD MANSUH. KEUNTUNGAN ATAU KERUGIAN?

CAJ WAD SEKARANG


Caj Wad mengikut kadar awam kepada kakitangan awam jika ke wad lebih tinggi.

Adakah menguntungkan atau merugikan kakitangan awam ?
Pada 1 April akan berkuatkuasa di mana caj bagi wad untuk kakitangan awam dan pesara akan dimansuhkan "tetapi" jika di kakitangan awam/pesara ingin ke wad yang lebih tinggi akan dikenakan bayaran seperti orang awam.

Pemansuhan caj wad ini tidak menghilangkan kelayakan wad mengikut kalayakan yang diperolehi oleh pegawai tersebut..

Pendapat:-

- Adakah kadar bayaran RM 3 sangat membebankan dan menyusahkan kakitangan awam/pesara?

- Bayaran ini sepatutnya terus dikenakan supaya dapat menampung kos yang terpaksa di belanjakan oleh pihak hospital.

- Sangat menguntungkan pihak atasan dan bayaran paling mahal pun RM10..gred tinggi takkan RM10 pun menjadi bebanan kepada mereka.

- Rata-rata kakitangan awam sekarang dah banyak yang ada "Insurans Peribadi" dan banyak yang kurang berminat untuk ke hospital kerajaan ni.Mereka lebih berminat dengan hospital swasta yang memberikan perkhidmatan lebih baik.

- Lebih baik diteruskan seperti biasa tetapi kadar bagi orang awam di kurangkan dan itu barulah langkah yang baik untuk memenangi hati rakyat.

- Kakitangan awam sudah mendapat sedikit keuntungan dari segi bayaran wad yang jauh lebih murah dari orang awam dan sepatutnya orang awam juga perlu diberi sedikit kelebihan dan keistimewaan.

Akhir sekali.Terima kasih kepada pihak Kerajaan yang sangat "prihatin" sesuai dengan konsep 1 Malaysia "Rakyat Di Dahulukan,Pencapaian Di Utamakan".
Janganlah menidakkan nasib rakyat kerana rakyatlah yang menentukan nasib kepada kerajaan pada masa akan datang nanti.

Tuesday, March 9, 2010

JOMHEBOH di Negeri Kelantan

Kerajaan negeri membenarkan Konsert Jom Heboh anjuran TV3 diadakan di Kelantan pada 26 dan 27 Mac ini sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan, tetapi melarang penyanyi wanita membuat persembahan.

Kerajaan negeri juga menetapkan syarat supaya penonton diasingkan mengikut tiga kategori iaitu berkeluarga, lelaki dan wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata persetujuan kerajaan itu hasil perbincangan antara pihak Media Prima dan kerajaan negeri.

“Keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru-baru ini, berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan kerajaan negeri menerima pertunjukan Konsert Jom Heboh TV3 itu mulai tahun ini menunjukkan kerajaan tidak mengharamkan hiburan sebaliknya mengawal pertunjukan hiburan mengikut enakmen hiburan yang diterima pakai di Kelantan.

Beliau berkata sebelum ini kerajaan negeri pernah menolak permohonan TV3 untuk menganjurkan Sure Heboh kerana ia bertentangan dengan konsert hiburan yang dikehendaki oleh Enakmen Hiburan di negeri ini.

“Tetapi setelah pihak berkenaan (TV3) memperakukan segala peraturan dan syarat-syarat pertunjukan itu, kerajaan negeri sedia menerima konsert itu tahun ini,” katanya.

Takiyuddin berkata pada konsert itu, pihak berkenaan akan mengadakan satu slot khas bercorak agama yang melibatkan penyertaan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Masalahnya sekarang..

1) Mampukah rakyat Kelantan itu sendiri mengikut garis panduan yang ditetapkan ?
2) Jika betul-betul mengamalkan cara Islam yang sering dilaungkan tak payah buat garis panduan,rakyat kelantan sendiri tahu membezakan baik dan buruk.
3) Masalah gelaja sosial di negeri Kelantan juga agak teruk dan tidak mustahil dengan sikap mereka sendiri yang mencalarkan imej negeri tersebut.
4) Jika dilihat VCD Dikir Barat sekarang lagi teruk seksinya perempuan-perempuan tuh nyanyi,tetapi dapat sambutan dan dijual secara terbuka di pasar-pasar pagi/malam di negeri kelantan.Mana sensitiviti nya ?

Yang penting adalah sikap individu itu sendiri..memang garis panduan dan syarat-syarat dikenakan boleh di ikut oleh pihak TV3..tetapi mampukah penduduk negeri kelantan mematuhinya?

contoh video dikir barat yang menutup aurat? :-

Monday, March 8, 2010

DAP - Cara & Dasar Menidak Perpaduan

Dasar dan cara DAP yang mementingkan keperluan satu kaum sahaja tidak membantu integrasi nasional dan perpaduan rakyat di negara ini.

Menurut beliau, perjuangan DAP sebenarnya langsung tidak mencerminkan aspirasi Malaysia sebagai negara berbilang kaum, agama dan budaya.

“Memang DAP lain daripada yang lain. Ia adalah parti bapa dan anak. Dasar cauvinisnya jelas dan jika diperhalusi, parti ini sememangnya menolak asas Perlembagaan negara iaitu Fasal 153,”

Zulkifli mendakwa DAP menjadi punca utama kepada semua masalah dalaman yang melanda pembangkang sekarang.
Bagi Ibrahim, pendekatan dan perjuangan DAP mendapat sokongan kaum Cina kerana ia sentiasa membangkitkan isu-isu dan sentimen bagi menyentuh emosi kaum itu.

“Walaupun kaum Cina hanya 30 peratus dan jumlah bumiputera pula 67 peratus, DAP mahu kaum Cina mendominasi negara ini kerana alasan kaum itu menguasai ekonomi negara sebanyak 60 peratus,” katanya.

Ibrahim sendiri hairan dengan sikap parti pembangkang lain terutama Pas yang boleh bekerjasama dan memberi muka kepada DAP yang sememang sudah diketahui secara terang-terangan asas perjuangannya.

Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail pula berkata,“Perjuangan DAP langsung tidak ada ciri-ciri yang sama seperti parti lain dalam pakatan pembangkang. Apa yang diperjuangkan memang betul-betul cauvinis dan bersifat rasis,”.
Ahmad Zaki bagaimanapun yakin kini terdapat perubahan ketara terutama pada generasi muda di dalam pakatan pembangkang untuk mula memahami konsep perjuangan politik yang sepatutnya di Malaysia.


Dulu “kita” percaya PAP atau DAP dpt mengubah nasib “kita” lebih baik .Setelah PAP atau DAP menang di singapura segala2 dasar diubah…pemerintahan demokrasi di ubah menjadi republic…PAP atau DAP mengubah nasib kaum melayu dgn lebih hina dgn cara ,azan di diharam kn berkumandang samaada di masjid,radio,tv,peruntukan buku teks melayu tidak dapat,tp kaum cina dpt dan bulan puasa di bolekn makan tanpa saman atau denda.

pompuan melayu islam di pecat kerana bertudung.....channel tv tuk melayu hanya satu sahaja “channel Suria” tp tidak ada azan,channel lain bermacam macam mediacorp,asia channel yg tidak ada melayu dlm nya dll…persembahan melayu di pentas tidak dibenarkan,cuba tngk kumpulan “ahli fikir” mereka tidak bole membuat persembahan di singapura tp mereka cuba nasib di Malaysia dan diterima di malaysia…..dan jika melayu murtad dr agama islam di singapura Di berikan elaun sara idup 800dolar,kereta serta rumah.

surau saja bole di dirikn tp masjid besar2 dibantah pembinaannya….Melayu langsung tidak ada kuasa mahupn quota di singapura,nasib mcm diujung jari ibu kaki saja....septunya pas gan pr xbole satu kepala gan DAP atau PAP...DAP atau PAP musuh smua melayu

Tp melayu mudah lupa…lupa gan sejarah…...lupa dan lupa..

DAP atau PAP singapura sangup nk memadam kn sejarah melayu tentang temasik, http://yginsaf.com/2009/12/07/******-malay/ serta baca respon yg bawahnya..perkataan dlm link ini (****) adalah ( stu pid)

SEDARLAH WAHAI BANGSAKU!